Jumat, 28 Februari 2014

Adi Putra Di Tuduh Tidak Melawat Anak Di Hospital

Adi Putra Di Tuduh Tidak Melawat Anak Di Hospital | Baru-baru ini anak pelakon terkenal, Adi Putra telah dimasukkan ke hospital akibat masalah pernafasan dan berikutan insiden tersebut, terdapat desas desus mendakwa kononnya aktor kacak berkenaan langsung tidak hadir ke hospital bagi menjenguk anakanya serta menyerahkan segala tanggungjawab menjaga anak mereka itu kepada isteri.
Adi Putra Di Tuduh Tidak Melawat Anak Di Hospital

Krew portal Ohbulan, sewaktu bertemu dengan pelakon drama bersiri Teduhan Kasih, Adi telah menjelaskan bahawa hanya isterinya sahaja yang tahu perkara sebenar dan enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu terbabit.

"Hanya isteri sahaja yang tahu. Kalau saya cakap hari-hari saya datang melawat anak di hospital, tapi mungkin orang akan fikir, itu hanya sekadar di bibir tapi hati cakap lain. Jadi, asalkan saya tahu, isteri dan anak tahu perkara sebenar itu sudah cukup."

Menyentuh lebih lanjut mengenai isu anak, pelakon ini turut dilihat terlalu menjaga eksklusiviti bayinya itu sehingga jarang mendedahkan bayi comel tersebut kepada umum.

Bagi menjawab persoalan berkenaan, Adi Putra sendiri akui dia memang risau untuk mendedahkan identiti sebenar anaknya itu kepada orang ramai kerana khuatir akan keselamatan bayi tersebut dan dalam masa yang sama, sikapnya sendiri memang tidak gemar untuk memuat naik foto-foto anaknya itu menerusi laman Instagram seperti kebanyakan artis lain.

"Sebelum ini pun saya tak pernah nak umumkan dia siapa. Tapi umum tahu anak itu sebenarnya siapa."

"Bagi saya untuk popular itu senang, tapi untuk memikul gelaran popular itu bukan senang, tambah-tambah lagi anak. Bila dia membesar dengan orang sekeliling dan masuk pula ke sekolah, orang akan tanya pada dia macam-macam, jadi nanti dia akan berhadapan dengan waktu yang sukar."

"Mungkin ada perkara boleh kongsi, tapi tidak semua. Seperti apa yang saya buat sekarang. Tambahan pula saya memang jarang nak muat naik gambar anak. Itu memang cara saya. Tapi kalau isteri nak muat naik, biarkanlah. Itu hak dia dan saya hormat."

Untuk makluman, pada Oktober tahun lalu Adi Putra dan isterinya, Aida Yusof telah mengambil bayi perempuan comel iaitu Zara Adelia Haadi sebagai anak angkat mereka. sumber


Read More..

Kamis, 27 Februari 2014

Perkasa dakwa PAS ziarah Chin Peng untuk menang undi Cina

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK September 23, 2013
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengecam pemimpin PAS yang hadir ke Bangkok, Thailand untuk memberi penghormatan terakhir kepada bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dan menyifatkan tindakan ini hanya untuk memenangi undi Cina.

Menurut Datuk Ibrahim Ali (gambar), tindakan pemimpin PAS itu bertujuan mengukuhkan kedudukan politik mereka.
“Ini semua politik dan untuk meraih undi pengundi Cina terutama bekas ahli PKM. Chin Peng ini manusia kufur.

 "Bagaimana pemimpin PAS yang beragama Islam ini boleh memberi penghormatan kepada pemimpin kafir seperti Chin Peng?” katanya dalam satu kiriman pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider hari ini.
Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut menyelar kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang menyamakan isu Chin Peng dengan Abu Jahal pada zaman Nabi Muhammad dan Firaun di Mesir.

“Sejarah Abu Jahal di Mekah dan Firaun di Mesir berbeza dengan Chin Peng. Apakah Mat Sabu tidak mengetahui sejarah Islam? Chin Peng bukan warganegara Malaysia dan telah membunuh ramai askar Melayu Islam.
“Selepas peristiwa pembukaan Mekah, Allah dan Rasul melarang orang kafir memasuki Mekah. Besar implikasinya. Ramai lagi orang kafir mati di Mekah tetapi Rasullulah SAW tidak memberi penghormatan malah berdoa untuk orang kafir,” katanya.

The Malaysian Insider melaporkan Pemimpin PAS Kedah Fadzil Baharom hadir ke tokong Wat That Thong di Bangkok bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Chin Peng kira-kira jam 7 petang semalam.
Menurutnya, memberi penghormatan terakhir bukanlah bermakna dirinya komunis atau mengikut ideologi fahaman itu tetapi sekadar minatnya terhadap sejarah dan Chin Peng adalah salah satu lembaran sejarah Malaysia.

Bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya itu atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan, Perak pada tahun 1924.
Sementara itu, Mohamad tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan menghalang abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia kerana katanya, tiada apa yang perlu ditakutkan dengan abu mayat pemimpin komunis itu.

Timbalan Presiden PAS itu berkata, Islam sendiri tidak pernah menghalang mayat musuh agama untuk dijauhkan daripada tempat suci dan keadaan seumpama turut berlaku di Mekah.
Kematian Chin Peng menimbulkan kontroversi setelah keengganan Putrajaya untuk membenarkan abu Chin Peng disemadikan di kampung halamannya di Sitiawan, Perak.

Pendirian kerajaan itu di atas alasan ribuan rakyat Malaysia terkorban dan tercedera di tangan komunis.
Akhbar milik Umno Utusan Malaysia mendakwa semalam tarikh kematian Chin Peng sengaja diubah bagi membolehkan ia diselarikan dengan sambutan Hari Malaysia.
Akhbar edisi Ahad, Mingguan Malaysia mengatakan Chin Peng meninggal dunia pada petang 15 September dan bukannya 16 September seperti dilaporkan.

Ahli keluarga Chin Peng menyangkal dakwaan itu dan mendakwa akhbar itu berniat jahat dan biadap.
Jurucakap keluarga mendiang, Lee Chong berkata: “Dia dah mati. Kenapa tak boleh biarkan mendiang bersemadi dengan aman?
"Sehari sebelum jasadnya hendak dibakar, kerajaan Malaysia masih mahu memutar-belit fakta.”
Mendiang Chin Peng kini masih berada di Tokong Wat That Thong di Jalan Sikhumvit, Bangkok dan mayatnya akan dibakar jam 5 petang ini. - 23 September, 2013.The Malaysian Insider
Read More..

Rabu, 26 Februari 2014

RM500 000 Bidaan Untuk Plat Nombor Pendaftaran WWW

Salam semua,


RM500,000 Bidaan Untuk Plat Nombor Pendaftaran WWW?

PUTRAJAYA: Pembidaan untuk plat nombor pendaftaran kenderaan bermula dengan "WWW" hanya bermula pada 30 April tetapi nombor giliran hampir habis dijual.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur Mohd Nadzri Osman berkata tidak banyak lagi nombor giliran yang tinggal terutama bagi hari pertama dalam tempoh 14 hari bidaan.
"Ianya benar-benar laris macam goreng pisang panas.
"Kami memutuskan untuk menjual nombor giliran lebih awal untuk mengelakkan kesibukan dan kesesakan di kaunter," katanya.
Nombor giliran diperlukan bagi orang ramai yang ingin mengemukakan bidaan mereka untuk nombor pendaftaran dan dijual pada harga RM10 setiap nombor.
Bidaan hanya boleh dilakukan di pejabat JPJ Kuala Lumpur di Wangsa Maju, Bandar Sri Permaisuri dan Maju Junction.
Mohd Nadzri berkata satu nombor giliran adalah sah untuk satu tawaran bidaan sahaja dan meramalkan bahawa nombor pendaftaran "WWW" boleh menarik tawaran setinggi RM500, 000.
"Kami telah menerima beberapa tawaran bidaan melebihi RM400, 000," katanya tetapi enggan mendedahkan nombor tersebut.
Kementerian Pengangkutan menjangkakan plat nombor pendaftaran "WWW" bakal memecah rekod sebagai yang paling mahal.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata salah satu sebab orang ramai begitu berminat dengan nombor pendaftaran ini ialah kerana ia adalah singkatan di Internet atau "World Wide Web.
"Menurut minat yang ditunjukkan, kami percaya nombor pendaftaran ini tidak akan hanya menjadi rebutan, tetapi akan mencatat rekod untuk harga tempahan tertinggi.
"Nombor "angka tunggal" seperti WWW 1, WWW 3, WWW 8 serta WWW 11, WWW 33 dan WWW 88 dijangka akan menjadi rebutan," katanya.
Bidaan tertinggi bagi nombor pendaftaran kenderaan di negara ini setakat ini adalah MCA1, dibeli dengan harga RM300,100 pada tahun 2010, mengatasi rekod sebelumnya dikeluarkan di Terengganu sebanyak RM242, 000 untuk nombor pendaftaran TAY1. [Mstar Online]
Read More..

Selasa, 25 Februari 2014

NSFW RABA RABA DALAM LRT

Dalam LRT pun mereka boleh melakukan drama 18SX... apalah nak jadi dengan dunia sekarang ni.








Read More..

Senin, 24 Februari 2014

Kes Culik Di Bangsar – Dua Ditahan Bantu Siasatan


KUALA LUMPUR – Bekas pembantu rumah warga Filipina yang pernah berkhidmat dengan keluarga Freddie Joseph, kanak-kanak lelaki Britain yang dilarikan di Bangsar, Jumaat lepas, dan teman lelakinya ditahan di sebuah pangsapuri di Taman Desa, Jalan Klang Lama di sini hari ini berhubung kes culik itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata wanita dan lelaki tempatan masing-masing berumur 39 dan 53 tahun itu ditahan pukul 11 pagi kerana polis percaya mereka “sama ada secara langsung atau tidak” dapat membantu siasatan kes culik itu.

Menurut Ku, wanita itu memasuki negara ini sejak 2004 dan pernah bekerja dengan keluarga mangsa selama setahun sebelum ditamatkan perkhidmatannya enam bulan lepas dan kini bekerja sebagai pembantu rumah di Damansara manakala lelaki itu pula bekerja sebagai juruteknik paip.

“Kita mempunyai sebab-sebab munasabah untuk menahan mereka. Kita harap akan dapat gambaran dan cerita yang lebih jelas berhubung kes ini,” katanya pada sidang akhbar di sini Ahad.Freddie Joseph, kanak-kanak berusia setahun lapan bulan itu dilarikan seorang lelaki dan wanita di rumahnya di Bangsar, ketika ibunya masuk ke dalam rumah selepas memberi anaknya makan di halaman rumah mereka.

Kanak-kanak itu kemudian dijumpai beberapa orang awam di Taman Tasik Titiwangsa di sini, tengah hari semalam dalam keadaan keletihan dan kelaparan.

Polis merampas beberapa barangan di pangsapuri terbabit namun tidak memperincikannya.
Ku berkata polis masih menyifatkan kes itu berunsur penculikan tetapi menolak ia untuk mendapatkan tebusan.

“Kita akan mendapatkan perintah reman ke atas kedua-dua individu ini esok di mahkamah dan jika benar terdapat unsur penculikan, kedua-duanya boleh ditahan reman sehingga dua minggu,” katanya sambil menambah polis masih mencari beberapa individu lain kerana tidak ada diskripsi yang jelas berhubung suspek utama.

Ditanya kemungkinan pembantu rumah dan majikannya pernah bergaduh atau bertengkar sehingga mencetuskan kejadian itu, Ku berkata :”Tiada pergaduhan antara mereka. Kita masih mencari motif sebenar.”

Sementara itu, beliau menolak dakwaan yang kanak-kanak itu didera berikutan terdapat kesan calar pada bahagian badannya.

“Tiada unsur penderaan pada kanak-kanak itu. Dia kini masih dirawat di unit Pediatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya ketika ini,” katanya. – BERNAMA
Read More..

Minggu, 23 Februari 2014

Tradisi Unik Kipas Tangan Sepanyol

Menggunakan kipas tangan merupakan cara yang mudah dan murah untuk menyejukkan badan. Bagaimanapun, di Sepanyol terdapat tradisi yang unik melibatkan alat itu.



Menurut seorang pembuat kipas tangan tradisional berkenaan, Vincent Benlloch, 55, kipas tangan sering digunakan sebagai simbol atau isyarat untuk menunjukkan sesuatu tanpa perlu berkata-kata.

“Isyarat kipas itu akan lebih ketara jika ia dibuat oleh seorang wanita. Ia umpama bahasa badan yang memberi maksud si wanita tadi sudah mempunyai pasangan atau belum,” kata Vincent yang berasal dari Valencia, Sepanyol.

Walaupun kipas tangan terkenal di China, Korea dan Jepun sebagai instrumen untuk tarian, kisah kipas tangan masyarakat Sepanyol pada kurun ke-17 dan 18 juga tidak kurang hebatnya.

“Namun, tradisi yang digelar abanico itu lebih popular bagi menandakan sama ada wanita Sepanyol itu sudah berpunya atau belum. Sebagai contoh, jika mereka memegang kipas dalam keadaan tertutup itu bermakna mereka ingin dicium.

“Jika kipas dibuka pada pergelangan tangan kiri bermaksud wanita itu enggan berkenalan dengan lelaki yang cuba memikat,” ujarnya.

Merancakkan cerita, Vincent memberitahu, kalau si wanita membuka kipas itu dan meletakkannya di pipi kanan bererti dia mencintai seseorang.

Tutur Vincent, tradisi itu tidak terhad pada wanita yang masih bujang dan muda bahkan meliputi mereka yang sudah berumur atau telah bercerai.

“Sebagai contoh, jika wanita itu menggerakkan kipas secara perlahan-lahan di dadanya bermaksud dia belum menjadi kepunyaan orang.

“Tetapi sekiranya dia telah berpunya atau bersuami, kipas akan digerakkan dengan laju di dadanya, jadi lebih baik anda jangan menghampirinya,” ujarnya.

Jelasnya, sekiranya pasangan atau suami wanita itu berlaku curang, kipas itu akan diletakkan di muncung hidungnya.

“Malah, kalau mahu membuat janji temu sekali pun, alat itu hanya perlu ditunjukkan pada taman atau lokasi pertemuan.

“Saat paling indah ialah jika kipas tangan itu dibuka menutupi mulutnya sambil memandang lelaki di hadapan dengan cara menggoda. Itu bermakna dia bersedia untuk menjadi teman hidup lelaki tersebut,” ujar Vincent.

-Kosmo
Read More..

Sabtu, 22 Februari 2014

Alasan posisi huruf pada keyboard



Pernahkah agan bertanya, mengapa susunan huruf dalam keyboard mesin ketik, komputer, hingga PDA kita berupa “QWERTYUIOP” dan seterusnya? Mengapa tidak dibuat saja berurutan seperti “ABCDEFGH” dan seterusnya? Mungkin sebagian dari agan sudah tahu ceritanya, tetapi kalau-kalau agan belum tahu ane copas di sini.

Konon, keyboard tersebut sudah diciptakan sejak tahun 1860an oleh Sholes dan Dunsmore. Awalnya mereka membuatnya berurutan sesuai abjad. Namun, lambat laun seiring dengan meningkatnya kemampuan (kebiasaan) user, kecepatan mengetik menjadi lebih cepat padahal mekanisme mesin saat itu masih sederhana. Akibatnya, (baris) tombol tertentu menjadi sering macet dan menghambat pekerjaan.

Berdasar pengalaman mereka, akhirnya disusunlah keyboard yang sengaja dipersulit dan dibuat tidak efisien agar keyboard tidak mudah jammed. Desain mesin ketik itu kemudian dijual ke Remington untuk diproduksi secara massal tahun 1873. Susunannya terbagi dalam empat baris, baris teratas berupa “23456789-”, baris kedua “QWE.TYIUOP”, baris ketiga “XDFGHJKLM”, dan baris terbawah “AX&CVBN?;R”.

Seiring berjalannya waktu, teknologi berkembang pesat dan masalah tombol keyboard yang sering macet sudah teratasi dengan desain mekanik yang lebih baik. Sejumlah desain keyboard alternatif juga muncul di pasaran. Salah satu yang cukup populer adalah Dvorak Simplified Keyboard (DSK) yang dibuat oleh August Dvorak tahun 1936. Desain itu diklaim merupakan desain yang lebih efisien, cepat, dan egronomis.

QWERTY sebenarnya punya banyak kelemahan seperti membuat tangan kiri Anda overload terutama ketika menulis dalam bahasa Inggris (hal serupa saya rasakan ketika menulis dalam bahasa Indonesia). QWERTY juga membuat kelingking Anda overload. Penelitian menunjukkan bahwa distribusi huruf tidak merata sehingga jari Anda harus menyeberang dari baris ke baris—-bila dihitung jari tukang ketik tipikal akan berjalan lebih dari 20 mil per hari dibandingkan dengan DSK yang hanya 1 mil.

Sayangnya, orang tetap ogah berpaling dari desain “QWERTY” kendati desain tersebut bukan merupakan desain yang terbaik. Sekalipun teknologi sudah bisa mengatasi problem tombol yang nge-jam, orang tetap bertahan dengan desain “QWERTY” bukannya desain lain yang lebih superior. Alih-alih, QWERTY malah dinobatkan menjadi standar internasional di tahun 1966.

Hal yang sama juga terjadi di Microsoft Windows. Kita tentu tahu bahwa Windows bukanlah sistem operasi terbaik, entah itu dari segi keamanan, kemudahan, kinerja, sampai soal keindahan. Namun, karena penetrasi pasar Windows sudah begitu deras, orang mulai terbiasa menggunakan Windows dan sistem operasi tersebut menjadi terstandardisasi.

Apakah tidak ada yang lebih baik dari Windows? Tentu saja tidak. Namun orang perlu pikir-pikir beberapa kali sebelum berpaling dari standar tersebut. Mereka harus menghadapi barrier seperti faktor biaya, isu kompatibilitas, proses pembelajaran, faktor waktu, dan masih banyak lagi. Akibatnya jumlah mereka yang setia jauh lebih besar daripada yang murtad. Inilah yang menjadikan Windows atau QWERTY kemudian menjadi standar—-kendati mereka bukan yang terbaik.

Dalam dunia ilmiah, fenomena ini dijelaskan sebagai konsep path dependency dan network externality. Intinya, inovasi tidak mengtinjauankan outcome yang out of the blue, tetapi merupakan perkembangan yang bisa diprediksi dari yang sudah-sudah. Selain itu, value dari inovasi tersebut akan makin tinggi bila digunakan oleh makin banyak orang. Pada tahap tertentu, inovasi tersebut akan menjadi standar yang digunakan oleh umum.

sumber: kaskus.us
Read More..

Jumat, 21 Februari 2014

Telepon 911 kerana Takut Labah Labah

31 Ogos 2013

Ilustrasi. (Foto: Reuters)  
Ilustrasi. (Foto: Reuters)
OREGON - Seorang remaja wanita dilaporkan telah menelepon 911 hanya kerana takut dengan seekor labah-labah. Polis  di Amerika Syarikat   telah merilis kejadian yang tidak diduga tersebut.

Sang polis  pun mengetahui hal tersebut ketika dia mendengarkan rakaman panggilan yang konyol kepada 911 yang mereka terima. Demikian dilaporkan Metro, Sabtu (31/8/2013).

"Saya menghabiskan waktu selama 20 minit hanya untuk panik, besar sekali (labah-labahnya). Saya tidak tahu harus melakukan apa," terdengar suara gadis yang panik itu di h ujung telepon.

Operator 911 pun setuju mengirimkan seorang petugas  polis  untuk melihat keadaan gadis remaja itu. Namun tak ayal muncul pertanyaan dari sang polis  "apakah itu konyol?" ketika mengirimkan petugas ke rumahnya.

Munculnya arakhnida (labah-labah) terjadi pada 16 Ogos di kota Forest Grove, yang membuat gadis itu teramat sangat ketakutan. Tampaknya, anggota keluarga sang gadis sebelumnya juga pernah kedatangan "tamu" labah-labah besar.

"Aku biasanya tidak takut dengan hal-hal seperti ini, tetapi ini sangat besar," katanya, membandingkan ukurannya dengan tarantula.

Polis Forest Grove mengatakan sementara ini bukan protokol bagi mereka untuk menanggapi panggilan untuk menghadapi labah-labah, namun mereka memutuskan untuk membantu wanita muda itu dalam kes ini.
(ade)Okezone
Read More..

Kamis, 20 Februari 2014

Rahasia Orang Singapura Cepat Kaya Menabung dan Investasi

uang
Ilustrasi uang  I foto pribadi

Penelitian dilakukan oleh Economist Intelligence Unit dalam "Indeks Kualitas Hidup" menempatkan Singapura pada peringkat satu kualitas hidup terbaik di Asia dan kesebelas di dunia. Singapura memiliki cadangan devisa terbesar kesembilan di dunia Negara ini juga memiliki angkatan bersenjata yang maju.

Singapura memiliki luas wilayah yang sangat sempit dan sumber daya alam yang tidak begitu melimpah, Singapura mampu menjadi salah satu negara maju di kawasan Asia Tenggara. Singapura bertinjauan mendapat gelar negara dengan pertumbuhan ekonomi tercepat di dunia.

Salah satu survei yang dilakukan oleh Barclays Bank, mengutip dari Forbes, survei tersebut dilakukan dengan melibatkan perseorangan dengan kekayaan individu minimal  1,5 juta dollarAS atau sekitar Rp15 miliar. Jumlah responden yang terlibat dalam survey ini mencapai 2.000 orang yang tersebar di seluruh dunia.

Hasil yang paling menonjol dari survei itu adalah kekayaan warga Singapura naik paling cepat jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Rata-rata orang Singapura hanya butuh waktu 10 tahun untuk menjadi orang dengan kekayaan setidaknya Rp 15 miliar.

Dari survei itu salah satu yang menarik untuk disimak adalah bagaimana orang Singapura membagi uangnya, yang membuat mereka begitu cepat kaya.

  1. Tabungan dan investasi. Ternyata, orang Singapura begitu memprioritaskan untuk menabung dan berinvestasi. Dari seluruh kekayaan yang dimilikinya, 61 persen dimasukkan ke bank maupun diinvestasikan ke instrumen pasar modal. Porsi tersebut di bawah alokasi penduduk Hong Kong, yang menyisihkan 66 persen kekayaannya untuk ditabung dan diinvestasikan, sedangkan warga China daratan mengalokasikan 58 persen.
  2. Traveling dan kegiatan amal. Orang Singapura adalah warga yang selalu disibukkan dengan berbagai aktivitas. Berjalan selalu terburu-buru menjadi pemandangan yang biasa di setiap sudut Negara kecil itu. Namun demikian, di balik kesibukannya itu, warga Singapura adalah orang yang suka bepergian dan menghabiskan waktu luang.
  3. Di sisi lain, mereka juga senang menyisihkan sebagian kekayaan untuk kegiatan sosial, kendati mereka identik dengan orang yang money oriented. Untuk keperluan berwisata dan mendukung kegiatan amal, orang Singapura menyisihkan 16 persen dari kekayaan mereka.
  4. Mobil dan perhiasan. Dari survei Barclays diketahui, ternyata orang Singapura tak begitu terobsesi untuk membeli mobil, perhiasan, maupun benda-benda dikoleksi. Sehingga untuk pos ini, rata-rata orang Singapura hanya mengalokasikan 7 persen dari kekayaannya.
  5. Kondisi ini berbeda dengan warga India yang sangat gemar membeli mobil dan perhiasan, sehingga alokasi dana untuk pembelanjaan ini mencapai 17 persen.
  6. Obsesi. Di sisi lain, survey itu juga mengungkapkan cita-cita orang Singapura dengan harta yang mereka miliki itu. Agak mengejutkan, lantaran orang Singapura sangat ingin melakukan sesuatu yang bisa bermanfaat bagi dirinya dan orang lain. Bahkan karena itu, mereka punya cita-cita untuk memberikan 50 persen kekayaannya untuk lembaga amal, dan 13 persen diwariskan kepada keturunannya

Sumber id.wikipedia.org dan kompas.com

Read More..

Rabu, 19 Februari 2014

Contoh Bisnis Kecil kecilan Untuk Mahasiswa

Contoh Bisnis Kecil-kecilan Untuk Mahasiswa. Walaupun kita masih berstatus sebagai seorang mahasiswa. tidak ada salahnya kita mencoba untuk berbisnis ataupun membuka sebuah usaha sebagai sampingan untuk menambah uang saku. 

Pada artikel sebelumnya, saya telah menuliskan contoh bisnis yang bisa menjadi pilihan yang bagus untuk para mahasiswa. Silahkan menuju link dibawah ini

http://blogspot.com/2013/10/contoh-binis-kecil-kecilan-yang.html

itulah Contoh Bisnis Kecil-kecilan Untuk Mahasiswa. Semoga bisa menjadi pencerahan bagi anda semua.
Read More..

Senin, 17 Februari 2014

Keluarga Dakwa Agbimuddin Masih Hidup Tapi Mengadu LAPAR…

Agbimuddin Kiram


MANILA – Agbimuddin Kiram, yang dikenali sebagai Raja Muda Sulu, dilaporkan masih berada di Lahad Datu tetapi beliau bersama pengikutkan dipercayai berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan makanan kerana sentiasa melarikan diri bagi mengelak daripada bertembung dengan pasukan keselamatan Malaysia.
Jurucakap Jamalul Kiram III, Abraham Idjirani berkata, pengikut Agbimuddin berkumpul semula selepas diserang pada 1 Mac lalu.
“Mereka sentiasa bergerak, tidak ada bot dan tiada juga pengangkutan lain. Mereka hanya berjalan kaki dan kelaparan,” kata Idjirani pada sidang media semalam.
Dipetik Philippine Daily Inquirer, Idjirani menambah, beliau ada berhubung dengan Agbimuddin sekitar jam 2.30 petang semalam.
Terdahulu, anak perempuan Jamalul Kiram, Jacel Kiram memberitahu media yang bapa saudaranya itu masih selamat di Lahad Datu meskipun pihak polis dan tentera Malaysia terus-menerus menyasarkan kedudukan mereka.
“Arahan untuk pengikut bapa saudara saya ialah bertahan dan perlu bersedia menghadapi serangan. Tetapi mesti bertahan, bukan melakukan sebarang serangan,” kata Jacel.
Jacel turut menambah yang pihaknya berharap agak kerajaan Filipina sendiri campur tangan bagi menangani konflik berkenaan.
Dua hari lalu menyaksikan sultan sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk berbincang dengan Presiden Aquino bagi menyelesaikan konflik di Sabah.
“Dari awal lagi barisan kami sentiasa terbuka untuk berbincang secara terus dengan presiden tetapi hampa,” kata Jacel. – SINAR HARIAN
Read More..

Minggu, 16 Februari 2014