Sabtu, 28 Desember 2013

Iqram Terasa Hati Dengan Pihak Produksi JJCM


Iqram Terasa Hati Dengan Pihak Produksi JJCM

Seperti yang kita semua sedia maklum, rancangan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) yang mula dipelopori oleh selebriti Maria Tunku Sabri sememangnya mempunyai pengikutnya yang tersendiri.
Antara barisan selebriti lain yang pernah menjadi pengacara bagi rancangan ini ialah Serina Redzuawan, Qi Razali, Shiha Mentor, Iqbal dan yang terbaru pelakon Iqram Dinzly.
Terbaru, melalui Berita Harian terdapat perkhabaran bahawa tempat Iqram Dinzly bakal digantikan semula oleh Qi.
Pihak produksi yang menerbitkan JJCM telah sebulat suara untuk kembali mengambil Qi sebagai pengacara program itu menggantikan Iqram Dinzly yang telah melakukan tugas itu dengan baik sebelum ini.
Tetapi di sebalik keputusan mereka, Iqram Dinzly mengakui yang beliau terasa hati dengan apa yang terjadi kerana semua pengorbanan beliau untuk program itu seolah-olah dipandang hanya sebelah mata.
“Saya terasa dengan keputusan itu dan saya memang merajuk dengan mereka. Saya sanggup tolak tawaran berlakon kerana mahu tumpukan sepenuh perhatian kepada program terbabit.
“Tiba-tiba, lagi dua episod sebelum musim itu berakhir, saya diberitahu tidak lagi akan mengendalikan program itu,” luah Iqram Dinzly.
“Ada juga saya bertanya pada mereka kenapa khidmat saya ditamatkan? Kalau nak kata saya gagal mengendalikannya, saya banyak mendapat maklum balas positif daripada penonton, peminat dan golongan VIP”
“Bagaimanapun alasan diberikan, pemilihan Qi dibuat atas dasar kehendak penaja dan konsep kali ini memerlukan pengacara berlakon. Jika itu alasan mereka, saya terima saja,” katanya.
Hmm, mungkin sudah tertulis bukan rezeki buat Iqram untuk terus mengacarakan program itu lagi dan harapnya Iqram redha dengan nasib yang menimpanya ini.
sumber


Tidak ada komentar:

Posting Komentar