Jumat, 31 Januari 2014
Isteri Anggota Parlimen ditangkap kerana menyebabkan kematian pembantu rumah
6 November 2013
New Delhi - Seorang isteri anggota parlimen India ditangkap terkait kematian pembantu rumah mereka. Dipercayai, pembantu rumah tersebut mengalami tindak penyiksaan sehingga meninggal. Pembantu rumah itu mengalami cedera parah di seluruh tubuhnya akibat tindak kekerasan. Kejadian ini berlaku pada 4 November malam
Isteri anggota parlimen itu, Dhananjay Singh dipercayai telah melakukan penganiayaan tersebut. Suaminya merupakan anggota parlimen dari wilayah Bahujan Samaj Party.
"Jagriti Singh telah ditahan terkait penyiasatan suatu kes, tapi kami masih meminta keterangan orang-orang yang terlibat kes ini dan melakukan penyiasatan lebih lanjut," kata seorang polis senior di New Delhi kepada AFP, Rabu (6/11/2013).
Polis setempat mengatakan, pihaknya masih menunggu tinjauan autopsi secara lengkap untuk mengetahui penyebab kematian mangsa.
Penangkapan ini berawal ketika polis setempat mendapat maklumat dari seorang pembantu rumah lainnya yang menyatakan adanya pembantu rumah mengalami cedera parah dari kepala, perut, lengan hingga dada namun masih dipaksa bekerja oleh majikannya.
Media setempat, NDTV melaporkan bahawa pembantu rumah yang bekerja di rumah anggota parlimen India tersebut sering dipukul dengan tongkat dan kerap dikurung di dalam rumah. Namun maklumat ini belum disahkan kebenarannya oleh polis setempat.
Dhananjay Singh sendiri menyangkal adanya tindak penyiksaan terhadap mangsa. "Saya mendapat telepon tiga hari lalu dari Jagriti bahawa si pembantu rumah terluka setelah jatuh dari teras," ucapnya kepada media setempat.
"Kelmarin malam, saya mendapat telepon lagi yang menyatakan bahawa dia meninggal dunia, saya segera pulang dan menghubungi polis ," tambah lelaki yang pernah dituding terlibat dalam dua kes pembunuhan lainnya.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar